1

NIOSH Family Day

Posted by maszShimi on 7:45 PM
Last weekend was NIOSH's Family Day 2010 (NFD)> The event was from 4th-6th at Damai Laut Resort. It was a blast and this morning I'm paying for it....aches all over my body and various cuts n bruises. Biasalah....dah berseronok tu sampai tak ingt dunia...camtu ler jadi nya.

Day 1 FridaY :

Started off the day as usually dengan pergi kerja. Pushing off for Damai Laut only after Friday prayers. Alhamdulillah, NIOSH telah bermurah hati memberi pelepasan selama setengah hari kepada staff. Masa pagi ni nak buat keje pun dok asyik teringat nak g lepak tepi laut je. Masa pun berlalu dengan dengan pantas, dah tengahari. Food kat cafe sedap pulak arini...ada kari kambin...nyam nyam nyam. Hentam jgn tak hentam. Lepas dah kenyang, bergerak dengan cergas ke masjid. Cari port yg best...terus duduk dengan penuh khusyuk dan tawadduk dan bersedia utk mendengar khutbah. Sedar2 imam dah berdoa...hhehehehhe. Takpe, jap lg nak drive jauh jd perlu merehatkan mata (alasan,alasan...hehhee). Pukul 2+ dah ada kat opis balik. Berkobar2...dapat gerak awal. Kak Asiah nak convoy ng aku....layan jer la. Ada 2 kereta, jadi apa2 ada backup. Plan nak gerak 2.30...si azman sidek dari HETD nak tumpang kete aku. tadak hal...aku dah cakap awal2 kol 2.30 nak gerak. Tunggu punya tunggu tak sampai2 lagi...mula la aku nak berasap. Aku suruh solat dekat masjid dekat office taknak....nak gak balik rumah dekat SURADA dulu. adeshhh....aku dah pesan dah...dtg office bawak terus beg n baju2 semua. Kepada yg kenal aku mmg tau la kot...aku ni mmg pantang kalau dah plan dari awal2....pastu lewat. Perjalanan dahla jauh, kang bertolak lewat sampai mlm susahla. Aku diberitahu jalan nak masuk ke Damai Laut ni agak mencabar and not well lit, jd risau jgkla kl sampai dah gelap. Tunggu punya tunggu dah dekat 3.30 baru sampai. AKu hangin jgn cakap la kan. Kak Asiah pun dah bising2. Dia dengan ada anak2 dia dlm kereta. Haishhhh....awal2 sudah bikin spoil. Aku cukup tak gemar perangai macam ni. Ko dah la nak tumpang kereta orang, cuba la respect skit schedule orang. Yang buat aku lg hangin bila aku dpt tau yg dia lewat sbb tak packing barang lagi.Come On la...like WTF kan. Benda NFD ni bukan baru sehari di cakap...dah berbulan2. Aku cakap nak gerak 2.30 pn dah lama dah. Hangin la kan...

Perjalanan di mulakan kol 3.30 dari NIOSH HQ di Bangi dengan Kak Asiah. Supaya pemanduan tak menjemukan, AJK NFD telah NIOSH-Damai Laut Challenge yg beberapa soalan ala2 treasure hunt utk dijawab sepanjang perjalan dari NIOSH Bangi - Damai Laut. Aku jawab camtu2 jerla. Lebih fokus kepada driving. Kang dok leka cari jawapan sambil drive....lain plak jadinye. Dari PLUS hi-way tu took the Bidor exit. Actually kalau ikut cik GPS, dia suruh ikut jln Kuala Selangor tp sebab nak cari jawapan NIOSH Challenge tu....g ikut Bidor jerla. Traffic was quite OK tp lepas Bidor tu slow sket sbb ada bnyk lori and there were a few accidents along the way.
Dari jauh ini kelihatan.....huhuhuh

huhuh...don't wanna know what happened to the rider.....

Perjalanan diteruskan. Memandangkan telah masuk waktu solat asar...maka kami mencari masjid yg terdekat utk bersolat. Apalagi....qasar la. dah diberi kemudahan....gunakanlah.

Kawasan parkir masjid. Terserempak dgn a few staff jgj kat sini

Bnyk sign board menunjukkan arah jadi tak perlu takut sesat kat dlm masjid ni. Hehheheh...

Camwhoring jap. Kat belakang tu tiba2 ramai orang and kecoh2. Apakah? Rupa2nya...

Ada upacara akad nikah....lewat gak...masa ni dah lebih kurang kol 6+ (yer yer...asar dinasour)

Camwhoring lagi sambil tunggu kak Asiah abeh solat. Ni ler Azman yg tumpang kete aku tu.


Meneruskan perjalanan...disinari rona2 senja..cewahhh (amende rona tu ek?)

Penat belum.....sungguh bercinta sebelum nak sampai. Dari exit Bidor, it's still around 100km+ to Damai Laut...cam nak mati wooooo. Jln nak masuk ke Damai Laut pn perghhhh....mencabar. Melingkau2 (bak kata org Melaka) and takde lampu! Masa nak masuk tu dlm hati dok terfikir je...betul ke jln ni? nasib baik ada GPS and sekali sekala ada signage Damai Laut....kalau tak mmg aku dah patah balik. Arrived Safely around 8pm+. Check-in...ambik baju n zasssss....terus landing atas katil. Tp niat utk berehat di lupakan...kerana :

BBQ Dinner!! I LOIKE! Dah penat2...mari melantak!
Hehhehe....kol 8.30 BBQ dinner patut start...tp actually dlm kol 9 baru ramai sket. Takpe...lagi syok tak ramai org...sempat aku borong pukal segala ayam,lamb,beef,sotong,udang...ehehhehe.

Pertandingan Karaoke 'So U think U Can Sing'. Aku tak join...kang trauma semua orang. Apa aku buat?

Camwhoring lagi! Ni muka sebelum makan...agak kelat dan ketat...hehehe.

Lepas makan! Girang dan ceria! Burung2 dan mergastua berkicauan indah...haaaaaaa....lallalaaa lallaaaa (nyanyi mcm princess fiona ke snow white dlm shrek 1)

everything ended about 11.30pm. Lepak2 kat lounge kejap layan live band...nak minum coke tp harga adalah rm16 segelas...jadi niat dibatalkan. Terus naik bilik minum air kosong sedingin salju dan terus melelapkan mata. Esok pagi kol 7.00 ada senam seni...well...all the best!Hahahaha...nnti sambung utk day2 n day3




1 Comments


waaaaaa..selonok!! suke! cite cpttttttttt!

Copyright © 2009 The Child in Me All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.